Pages

Tuesday, February 15, 2011

Anak Muda sertai PAS secara beramai- ramai!!


Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menerima sebanyak 60 keahlian baru. Keahlian baru tersebut terdiri daripada pemuda-pemuda dalam kawasan Batu Gajah khususnya kawasan Dun Sungai Rapat. Satu majlis diadakan semalam. Majlis Penyerahan Keahlian Pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin semalam. Dato' Seri bersama-sama pemuda makan beramai-ramai dan berbual mesra. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan kata-kata semangat kepada pemuda pada majlis tersebut. Selepas majlis tersebut, Dato' Seri Nizar Bersama-sama YB V Sivakuamar, YB Dr Lee Boon Chye dan Ustaz Radzi Zainon telah mengadakan ceramah umum di Kampung Seri Jaya.


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Batu Gajah kerana mendapat suntikan baru dengan kemasukan pemuda baru. PAS GANTI U!MNO !!!!!




antara pemuda-pemuda yang menyertai PAS


Dato' Seri bermesra bersama pemuda

Kalungan selendang tertera perkataan PAS for ALL tanda simbolik kemasukan pemuda menyertai PAS




Pemuda bergambar dengan Ustaz Bakar


bergambar bersama Dato' Seri

Dato' Seri menaiki motor ke tempat ceramah

Sdr Razman selaku pengerusi Majlis


Ustaz Radzi Zainon, Calon Pas di kawasan tersebut





Dr Lee Boon Chye wakil daripada PKR

Ikon Rakyat Perak

Monday, January 3, 2011

Rombongan DPPK Batu Gajah di Kuliah Jumaat Tok Guru

Ini adalah program yang utama dalam Lawatan Mahabbah Dewan Pemuda PAS Batu Gajah ke Kelantan iaitu mendengar Kuliah Jumaat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu Kota Bharu. Alhamdulillah, Tuan Guru hadir memberikan kuliah walaupun cuaca hujan. Para pemuda kelihatan amat gembira kerana dapat mendengar kuliah idola mereka dan tidak melepaskan peluang bersalam dengan tokoh ulama' tersebut.
















Tok Guru baru tiba





















Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




Tuan Guru menjawab pertanyaan wartawan









Pemuda PAS Batu Gajah tidak melepaska peluang bersalaman dengan tok guru




Tok Guru pulang


Pemuda PAS Batu Gajah bergambar

Saturday, January 1, 2011

Ziarah Mahabbah DPPK Batu Gajah ke Kelantan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke Kelantan Darul Naim. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Rata-rata peserta program ini ialah remaja lepasan SPM.

Pelbagai tempat telah di kunjung termasuklah Masjid Beijing, Rantau Panjang, sekolah Pondok, Pasar Siti Khatijah dan yang paling istimewa ialah Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu. Pemuda Batu Gajah tidak ketinggalan menziarah Tok Guru di kediamannya di Pulau Melaka. Para pemuda dapat bertemu secara dekat dengan idola mereka yakni seorang ulamak tersohor di dunia.

Program ini sangat berjaya dan mencapai matlamat yang diingini. Kesemua pemuda yang menertai program ini sungguh gembira dan puas. Semoga para pemuda akan lebih bersemangat dan istiqamah dalam perjuangan.






Ustaz Munir menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Beijing


bergambar di Masjid Beijing




makan di Rantau Panjang


pemuda bersiar- siar di Rantau Panjang


mendengar ucapan Ustaz di sekolah pondok


Haji Ismail memberikan cenderahati ke wakil sekolah pondok


bergambar tanda kenangan


Sdr Rosdy berbual dengan Ustaz sekolah tersebut


makan disediakan oleh DPPN Kelantan di kediaman rasmi MB


Ustaz Latif bersama Ustaz Munir Ai


Ustaz Munir Ali menyampaikan ucapan mewakili rombongan


Ustaz Latif memberi ucapan


Haji Ismail memberikan cendera hati kepada Ketua Pemuda PAS Kelantan


YDP bersama KP


para pimpinan PAS


Pemuda PAS Batu Gajah bergambar bersama pimpinan Pemuda PAS Kelantan


Bersama DPPK Kota Bharu



sambungan..