Pages


Tuesday, February 2, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN: HIDUP BANGUN RAKYAT PERAK


Kenyataan Media (2 Februari 2010)


KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN: HIDUP BANGUN RAKYAT PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan UMNO menghentikan polemik yang belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah. DPPN Pk berharap rakyat dapat menumpukan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang pada 9 Februari ini bagi memutuskan siapakah Menteri Besar yang sah.

DPPN Pk menasihatkan Datuk Seri Zambry supaya jangan menidakkan kehendak rakyat selama ini yang jelas telah membuat satu keputusan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Mahkamah rakyat telah memberikan keputusan yang terbaik bagi mereka untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO / Barisan Nasional (BN) wajib mendahulukan rakyat di dalam perkara ini jika jaminan keharmonian dan kesejahteraan rakyat menjadi agenda pembangunan Negeri Perak.

DPPN Pk melihat usaha terdesak Datuk Seri Zambry cuba menidakkan keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan dan meletakkan bebanan yang bakal diumumkan oleh mahkamah adalah terletak di bahu rakyat. Rakyat sudah pasti matang di dalam menentukan hidup bangun bagi mengembalikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang di perlukan selama ini. DPPN Pk yakin rakyat akan terus bersama PR untuk membangunkan Negeri Perak yang di cintai ini.

DPPN Pk meminta Datuk Seri Zambry dan UMNO / BN bersikap matang dan terhormat di dalam perkembangan kemelut Negeri Perak ini. Jangan menimbulkan suasana yang tidak sihat dan memburukkan lagi keadaan yang telah lama di rosakkan oleh sikap rakus UMNO / BN. Apa yang penting, DPPN Pk meminta rakyat Negeri Perak berdoa dan bermunajat supaya keadilan dan hak rakyat Perak di kembalikan demi memastikan pulihnya demokrasi yang kita semua dokongi.



MOHD NUR AMIN
Pemangku Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan
timbalan DPP Batu Gajah

0 comments:

Post a Comment