Pages

Monday, March 1, 2010

Adakah Anwar tidak lagi 'relevan' ?

[2767571400_213b1c75c6.jpg]
Saya ingin menegaskan bahawa, masih teguh berdiri di belakang perjuangan Anwar Ibrahim dalam kempennya menyelamatkan negara ini dari cengkaman pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat marhein. Lawan tetap... lawan.

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri yang melompat masuk UMNO, lawan tetap... lawan.

Walaupun semua kepimpinan PAS menyertai UMNO, lawan tetap... lawan.

Saya tetap akan pastikan BN akan menemui kegagalan total dalam PRU akan datang. Walau tinggal saya seorang, lawan tetap... lawan.

Malaysiakini melaporkan- Lagi Gelora Melanda PKR;

Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.

Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.

Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.

Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah.

"Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.

Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.

Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.

Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.

Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.

Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.
Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.

Katanya, keputusannya untuk menyertai Umno dibuat selepas mempertimbang perkembangan sejak tiga bulan lalu ekoran kontroversi isu Allah.

Beliau mendakwa bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu.

Najib pula mengalu-alukan penyertaan Fairus ke dalam Umno selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

katanya, beliau selaku presiden Umno menerima dengan hati terbuka kemasukan Fairus ke dalam Umno.

Di majlis tersebut, Fairus menandatangani borang permohonan menyertai Umno dan ahli Seni Silat Gayong.

Dua minggu lalu, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, keluar parti itu, atas alasan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dalam Pakatan.

0 comments:

Post a Comment