Pages

Thursday, August 5, 2010

UMNO kacau ceramah Pakatan Rakyat


UMNO/BN telah membuat taktik kotor dan memalukan.. Mereka membuat ceramah tanpa permit bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di Taman Jutaria, Batu Gajah.

Suasana amat huru hara kerana mereka telah memasang alat pembesar suara menghala ke Ceramah Pakatan Rakyat. Pihak keselamatan terpaksa menggunakan khidmat anggota lebih ramai kerana risau suasana menjadi kacau bilau.

Pihak polis telah mengarahkan pihak ceramah haram UMNO supaya menutup alat pembesar suara namun tidak diendahkannya..

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Gajah selaku pengerusi majlis, Sdr Rosdy telah menegur secara profesional namun mereka tetap meneruskan ceramah dan membuka pembesar suara.

Ceramah Pakatan Rakyat agak terganggu namun tetap diteruskan. Pada mulanya diberitahu pihak UMNO akan membuat bacaan yasin sahaja tetapi diteruskan dengan ceramah.

Ceramah anjuran PAS Kawasan Batu Gajah tersebut disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli, Adun Teja YB Chang Lih kang dan YDP PAS Gopeng Ustaz Ir Radzi Zainon.


ramainya bangku





para petugas polis..


Ketua Pemuda Pas Batu Gajah, Sdr Rosdy sebagai pengerusi majlis


Ketua Penerangan PAS Batu Gajah membaca doa


berdoa..


Setiausaha PAS Batu Gajah, Sdr Razman menyampaikan kata- kata aluan mewakili Pas Kawasan Batu Gajah. Beliau mengatakan kepada rakyat agar menilai ceramah yang disampaikan sama ada fakta ataupun fitnah.


antara yang hadir


kaum tionghua





Calon PAS DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon meyampaikan ceramah menekankan isu-isu tempatan di kawasan DUN Sungai Rapat seperti hak milik tanah dan isu jambatan di Kampung Seri Jaya.



sangat bersemangat





Adun Teja, YB Chang Lih Kang menceritakan tentang sidang dun yang diadakan beberapa hari lalu. Para penyokong yang hadir mendapat cerita sebenar tentang perjalanan sidang dun.


Kehadiran Dr Hatta Ramli disambut oleh penyokong yang hadir













Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr Hatta Ramli telah menegur pihak UMNO/BN dan mereka terus tutup alat pembesar suara. Dr Hatta juga telah mentempelak pihak polis kerana tidak mengambil tindakan kepada UMNO/BN kerana membuka alat pembesar suara. Dr Hatta dalam ceramahnya telah menceritakan tentang isu isu semasa seperti penarikan subsidi. Pada akhir ceramahnya, beliau menyeru agar semuar rakyat turun di Himpuan Protes Barang Naik yang akan diadakan kelak.










para pimpinan


Derma jihad


golongan muda turut hadir


Dr Hatta mendengar masaah rakyat sebelum pulang


bergurau antara pemimpin

0 comments:

Post a Comment