Pages

Tuesday, September 28, 2010

UMNO takut bayangan sendiri- Ketua DPPK Batu Gajah

Pihak Dppk Batu Gajah merasa seperti ada yang tidak kena dalam perjalanan parti dan perjuangan UMNO kerana semenjak akhir-akhir dilihat gerak kerja mereka seperti tidak tersusun, seolah-olah mengalami masalah dalaman dan lebih menjurus kepada tunggu dan lihat apa pihak lain akan buat sebelum mereka bertindak. Sikap tidak proaktif UMNO khususnya bahagian Batu Gajah dan DUN Sg Rapat tidak menunjukkan kedewasaan parti UMNO didalam menyusun pelan dan rangka kerja didalam membela dan membantu masyarakat khususnya di kawasan Batu Gajah, Gopeng dan kawasan-kawasan dibawah selian DUN Sg Rapat secara keseluruhannya. Ini dapat dilihat disepanjang bulan puasa dan bulan-bulan sebelum ini yang mana pasukan Pakatan Rakyat dan Pas sendiri khususnya telah turun padang dan membuat kerja-kerja kebajikan sehingga UMNO ’terpaksa turun semula’ ditempat yang sama yang telah dilawati oleh pihak Pas kerana ’takut’ PAS akan mempengaruhi penduduk disekitar dan takut orang-orang kampung akan marah dan tidak menyokong UMNO dimasa hadapan.


Persoalannya, kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga merasa tertekan dan takut dengan lawatan dan program yang telah dijalankan oleh pihak Pas? Sesetengah penduduk dan masyarakat ketika ditemui semula oleh pihak Dppk Batu Gajah menunjukkan sikap serba salah untuk menerima apa-apa sumbangan dari pihak PAS kerana ’takut’ akan diboikot dan disisihkan didalam apa-apa jua program bantuan kerajaan oleh UMNO untuk penduduk kampung dimasa hadapan. Kenapa penduduk kampung menjadi mangsa dan perlu ’ditakutkan’ dengan isu sumbangan dan kerja kebajikan ini? Dalam hal ini biarlah penduduk kampung dan masyarakat setempat menilai dan mendapat manfaat dari sumbangan ini dan tidak mengheret mereka didalam kancah politik sekarang. Walaubagaimanapun masyarakat setempat telah mula sedar serta boleh melihat dengan sendiri perbezaan diantara sumbangan PAS dan Pakatan Rakyat berbanding pihak UMNO Barisan Nasional yang sememangnya bertanggungjawab untuk membantu penduduk dan masyarakat setempat. Pertanyaannya, siapa yang ikhlas dan siapa yang ’terpaksa’ berlaku ikhlas dalam membantu masyarakat?

Didalam aduan yang lain yang telah diterima oleh pihak Pas kawasan Batu Gajah, penduduk kampung turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana terdapat beberapa aduan yang dikemuka kepada Bilik Gerakan Adun Sg Rapat tetapi malangnya tidak dilayan secara profesional dan efisien dalam menangani permasalahan mereka sehingga terpaksa berulang kali datang semula ke bilik gerakan tersebut sehingga ada sesetengah penduduk merasa bosan dan putus asa dengan janji dan bantuan dari pihak terlibat. Banyak kes-kes yang dilapur terutama bagi masalah tidak menerima bantuan dari pihak-pihak tertentu terutama untuk golongan miskin, bantuan Baitul Mal, bantuan untuk orang kurang upaya dan warga emas ketika dibuat di bilik gerakan tersebut, lewat diambil tindakan dan seolah-olah adanya unsur ’double standard’ dan pilih kasih dan bukannya bertujuan membantu kepada yang memerlukan didalam menyelesaikan kes-kes mereka.


Menyingkap semula kes keluarga Puan Hawanin yang kecewa dengan janji YB Dato Hamidah Adun Sg Rapat yang dizahirkan kepada wartawan Sinar Harian pada tahun 2009 untuk membantu memberi peruntukan sebanyak RM5,000 bagi penambahbaikan rumahnya tetapi malangnya janji yang telah tertangguh selama 9 bulan terus membisu dan tiada tindakan apa-apa tindakan dari pejabat Adun Sungai Rapat.

Pihak Pas Kawasan Batu Gajah atas kesedaran dan tanggungjawab telah mengambil tindakan segera didalam membantu keluarga ini dan pada 2 September 2010, YB Dr Lim Bon Chye selaku Ahli Parlimen kawasan Gopeng telah melawat dan bersetuju untuk memberikan sumbangan zink baru berharga RM980 kepada keluarga terbabit dan 2 keluarga lain yang tinggal disekitar kampong Seri Jaya

Pihak Dppk Batu Gajah juga merasa hairan dan ingin bertanyakan cabaran debat terbuka yang dibuat oleh YB Hamidah kepada Ir Radzi Zainun sehingga kini tidak mendapat apa-apa jawapan persetujuan dari pihak YB Hamidah walaupun pihak PAS telah bersetuju dengan permintaan untuk mengadakan debat terbuka dimasjid walaupun pihak PAS percaya debat tersebut sebaiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah. Matlamat debat ini adalah jelas pada pandangan PAS iaitu mencari kebenaran dan membuktikan kebenaran kepada masyarakat setempat. Cabaran oleh pihak UMNO telah disahut oleh pihak PAS tetapi mengapa ianya diam sehingga kini?

0 comments:

Post a Comment