Pages

Monday, October 11, 2010

Kenyataan Akhbar Ketua DPPK Batu Gajah- Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah mendapat sambutan hangat dan diluar jangkaan

Baru-baru ini Pas Kawasan Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Kawasan Batu Gajah. Majlis telah diadakan pada malam Sabtu 8 Okt 2010, di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah.

Sambutan Hari Raya PAS Kawasan... Batu Gajah yang berlangsung dengan lancar dan penuh dengan semangat muhibbah serta setiakawan telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari masyarakat sekitar Batu Gajah dan sekitarnya. Lebih 1,000 orang telah hadir ke majlis pada malam tersebut. Apa yang menjadi kegusaran sebelum program berlangsung dimana kebimbangan tiada sambutan daripada masyarakat setempat telah berlaku sebaliknya apabila masyarakat berpusu-pusu hadir selepas solat Maghrib pada malam tersebut.
Seawal jam 8.00 malam kawasan khemah yang disediakan oleh pihak penganjur telah dipenuhi oleh orang ramai. Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran golongan wanita dan pemuda-pemuda yang hadir pada malam tersebut. Ini jelas menunjukan petanda bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan daripada semua peringkat umur dan gender baik dari wanita, pemuda malahan keriuhan suara kanak-kanak kecil turut menambah keceriaan sambutan Hari Raya pada malam itu. Apa yang pasti kesepakatan dan kehadiran yang ditunjukan pada malam tersebut memberi gambaran dan impak yang amat baik kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti, InsyaAllah.

Sememangnya sambutan hangat dari masyarakat setempat pada malam tersebut telah juga berjaya menarik kehadiran masyarakat dari pelbagai bangsa termasuk Cina, India serta berbeza latar usia bersama menyerikan majlis pada malam itu. Pelbagai juadah telah disediakan diantaranya seperti Sate, Bihun Sup, Lemang, Nasi, Lauk pauk, Rendang, Keropok Lekor ,Kuih Muih, aneka buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.

Kemeriahan jamuan raya pada malam itu turut diceriakan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Secara keseluruhannya kegembiraan jelas terpancar disetiap wajah yang hadir pada malam itu.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs708.snc4/62873_10150090781938098_554643097_7371177_3003258_n.jpg

Sdr Ammar Rosdy bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah

0 comments:

Post a Comment