Pages

Tuesday, October 12, 2010

Pas berjuang perpaduan sudah lama


BATU GAJAH – Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Ammar Rosdy berkata, Pas sudah lama mengamalkan perpaduan kaum mengikut Islam dan telah membawa perubahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Menurutnya, konsep Perpaduan Malaysia adalah berasal dari Islam dan sudah lama diamalkan Pas.

“Konsep ini sudah lama kita praktik dan perjuangkan di kalangan umat Islam dahulu dan kedua, perpaduan di kalangan umat manusia seperti mana yang dianjurkan al-Quran.

“Kita tidak boleh menafikan hakikat ada pelbagai kaum dan bangsa kerana mereka adalah ciptaan Tuhan dan yang paling penting mewujudkan perpaduan kerana tidak ada erti kita kemukakan slogan namun perpaduan sebenarnya tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, Pas melalui agenda Pas For All dilihat sesetengahnya mampu menyatukan rakyat secara keseluruhannya dan ia adalah misi serta usaha bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu di bawah ajaran al-Quran.

“Usaha mengajak masyarakat supaya menghayati ajaran Islam adalah amanah Allah dalam perjuangan ini dan perkara paling asas dalam perjuangan Islam adalah mengajak rakyat termasuk yang bukan Islam untuk menghayati ajaran Islam.

“Mempelbagaikan cara dalam usaha dakwah adalah hikmah yang sangat bernilai kerana manusia mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan keilmuan yang berhajat kepada kepelbagaian cara itu sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai politik semasa, Ammar berkata, apabila Barisan Nasional (BN) dilihat mematikan demokrasi di Perak yang mana ia menjadi bualan dunia luar memastikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini terutamanya.

0 comments:

Post a Comment